Want your
own Fotopage?









 
DILLA'S FotoPage
especially to my hubby & son - a little token for you to read & see...:)
By: dilla hashim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 3-Sep-2008 07:19 Email | Share | | Bookmark
BELI COKLAT@KILANG KOKO, BANGI (3 RAMADHAN 1429)

Lunch hour pergi beli coklat variety of shapes RM20 satu bekas besar yang agak tinggi (1/2 kilo) di Bangi. Pergi naik kereta umie dengan Siti, Jue, Sharrel & Han. Kalau beli pada staf kat sini mau dia markup harga tu...bekas pun dah tukar jadi rendah...Tekak ni teringin nak makan coklat Beryl's. Dulu ada pergi kilang coklat Beryl's kat Seri Kembangan, tapi kalau nak pergi sendiri, tak tau jalan gamaknya. Teringin makan coklat yang disalut dengan Tiramisu. Coklat ni kalau makan kena kunyah. Kalau kemam, rasa pahit. Kalau kunyah, rasa sedap sekali...Bila la dapat pergi yek...

>> alhamdulillah...
>> dah masuk dua minggu rupanya kita berpuasa...
>> semoga terus tabah menjalani ibadah puasa dan menunaikan segala kewajipan di bulan mulia ini...
Sun 7-Sep-2008 16:51
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
Add comment


Monday, 1-Sep-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
RAMADHAN DATANG LAGI (1 RAMADHAN 1429)

Alhamdulillah, Allah panjangkan usia untuk menyambut Ramadhan 1429 bagi tahun 2008 (tahun omputeh). Semoga segala amalan diterima olehNya. Amin...Ni kali ke-3 menyambut Ramadhan sebagai seorang isteri kepada suami yang bernama Shahrulnazri dan kali ke-2 menyambut Ramadhan sebagai seorang umie kepada anak yang bernama Shahmie Hariz. Tahun pertama Ramadhan, abang ada dalam perut lagi .Semoga keluarga kami bahagia, sihat dan dapat melakukan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya. Sambut Ramadhan tahun ni di Jenjarom.

Care to comment?


Sunday, 31-Aug-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
SELAMAT HARI LAHIR MAK (29 SYAABAN 1429)

Hari ni hari lahir mak (nenek kat Johor). Umie telefon dan ucapkan "Selamat Hari Lahir Mak, Semoga dipanjangkan umur, disihatkan tubuh badan dan ditambahkan rezeki". Mak Aminkan jer...

Care to comment?


Friday, 22-Aug-2008 01:33 Email | Share | | Bookmark
ABANG@JENJAROM (20 SYAABAN 1429)

Hari ni papa cuti so papa hantar umie pergi kerja dan terus balik Jenjarom. Lepas breakfast, umie singgah nursery b/tau yang abang tak datang hari ni coz papa cuti. Sampai kat Jenjarom, papa call umie dan b/tau yang abang ok kat sini. Tak merenggek atau menangis seperti sebelum ni. Ok jer bila papa tinggalkan dia masuk bilik atau pergi bilik air. Dia siap tido satu bantal dengan Kak Ngah (sepupu abang berusia 2 tahun lebih). Muka pun ada senyum...ceria jer papa kata...Sah dia tak suka duk nursery...Mak Wan kata biarlah dia kat Jenjarom sampai sekolah tadika...Maknanya duduk nursery 4 hari jer lah. Macam2 hal la...Anyway, TQ Mak Wan...

Hari ni umie minta balik awal dari bos coz nak amik kunci rumah@Bandar Bukit Puchong. Pastu terus survey tempat untuk exam 15 skim gred 41. Sesat barai sampai habis minyak. Papa tak familiar dengan Kajang. Tu yang sesat tu. Lepas call member dapatkan info baru lah jumpa Kajang Utama selepas habis minyak...kenangan yang tak dpt dilupakan tu. Ni kes confident minyak cukup la ni...

Care to comment?


Thursday, 21-Aug-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
4TH DAY@NURSERY (19 SYAABAN 1429)

Umie bagi abang pada cikgu Ina yang ada kat ruang legar menonton. Abang nangis. Umie terus bangun dan letakkan beg abang di dalam loker. On the way nak keluar, abang dah tak nangis lagi. Masa pergi tapau makanan umie tengok abang ok jer. Masa balik dari tapau makanan, abang nangis coz cikgu Ina keje (bz bagi makanan pada budak2 yang lain). Sedihnye...kat fikiran nak hantar abang balik Jenjarom. Tension...........Tabahkan hati.........Lunch hour turun nak tengok abang. Abang ada kat bilik lelaki di belakang. Kebetulan cikgu Ina keluar. Umie tanya cikgu Ina sama ada abang tidur atau tak. Cikgu Ina jawab tak. Umie ambil wafle kacang & coklat yang dibeli dan beri pada cikgu Ina. "Suapkan Riz sikit2. Dia makan sikit jer. Nanti cikgu makan sama ya". "Terima kasih". Abang tak nangis...Masa ambil abang waktu petang, cikgu tak cakap apa2 pun. Abang merenggek sepanjang jalan balik ke rumah. Umie terpaksa letak abang di pangku sambil memandu. Dah letak kat pangku pun merenggek lagi. Tak tau apa yang tak kena. Sampai di rumah pun sama. Dalam pukul 5:15pm umie ambil peluang untuk kemas2 beg sekolah abang. Eh...kenapa bau muntah ni. Abang muntah rupanya. Mesti dia nangis dan tak ada orang pujuk. Style abang memang macam tu. Kalau nangis tak de orang pujuk dia akan nangis sampai boleh jadi muntah. Kesiannya kat abang. Masa kemas2 tu baru perasan yang bekas susu abang tak ada. Umie terus call Auntie Siti untuk ambilkan dan umie akan ke rumah dia untuk ambil bekas susu tu tapi Auntie Siti terus hantar ke rumah. TQ banyak2 kat Auntie Siti. Lepas kemas2 umie pun mandikan abang. Dia tak nak mandi air suam. Macam orang ketakutan. Before this ok jer. Kenapa dengan abang ni. Umie jadi pelik. Cuba nak mandikan air suam sekali lagi tak boleh jugak. Abang nangis. Mandikan dengan air sejuk pun tak nak. Abang kalau bab mandi memang hidup. Bukak jer paip mesti main air. Penggemar air la kiranya. Tapi kenapa hari ni jadi lain. Takut nak mandi air suam mahupun air sejuk. Last2 lap2 jer abang. Baru ok. Tapi perut abang agak besar, ni kes kembung la ni. Lepas siap pakai baju bagi susu kat abang. Biasalah dia duk celah kelengkang. Belek2 muka abang, eh nape bibir abang macam luka ni...cikgu tak bagitau apa2 pun...terhantuk ker, ada budak tolak ker..dll. Lagi pelik. Dah jadi nak cakap apa...nothing at all

Care to comment?


Wednesday, 20-Aug-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
3RD DAY@NURSERY (18 SYAABAN 1429)

Macam biasa, abang tak nak berenggang dengan umie. Abang start nangis tak nak dengan cikgu Ina. Umie terpaksa bawa abang jalan2 kat nursery tu hinggalah masuk kat dalam bilik baby. Abang merenggek jugak dan cikgu Ina terus amik abang bawa keluar. Umie pun keluar balik opis. Cikgu Ina bawa abang pergi dapur. On the way balik, Auntie Fida sempat tengok abang dan dia b/tau umie yang abang dah tak nangis. Nangis sekejap jer masa umie bagi abang pada cikgu Ina. Tengah hari Auntie Fida tanya sama ada umie nak turun tengok abang atau tak. Umie jawab tak. Kalau tengok abang, nanti umie sedih. So baik tak payah tengok. Auntie Fida kata abang ok jer. Perasaan keibuan tak dapat dibendung. Lepas makan, umie terus singgah masuk nursery untuk tengok abang. Cikgu2 kat situ kata abang tidur kat bilik lelaki di belakang. Lega hati umie tengok abang dah boleh sesuaikan diri dengan jadual kat nursery tu. Semasa ambil abang, sempat cikgu Ina b/tau umie yang abang tak nak makan. Umie kena masukkan nestum lebih sikit kat dalam susu abang. Abang tidur awal pukul 7:30 pm. Abang kena selsema dan batuk...normal bila hantar kat nursery tapi kena jaga coz abang ada sedikit asma...

Care to comment?


Tuesday, 19-Aug-2008 02:18 Email | Share | | Bookmark
2ND DAY@NURSERY (17 SYAABAN 1429)

Hari kedua, abang tak nak berenggang dengan umie. Mcm dah tau2 jer nak kena tinggal. Sedih plak rasa hati umie nak tinggalkan abang. Cikgu Ina pergi beli makanan, kena tunggu sekejap. Cikgu2 yang lain nak amik abang, tapi abang menangis. Tak nak. Duduk di ruang menonton, tengok kartun, abang masih merenggek, dan cikgu Ina pun sampai. Hand over makanan dia kat cikgu lain dan terus cari abang untuk didokong. Abang nangis coz umie masih ada kat situ. Cikgu Ina bawa abang ke tempat lain dan umie pun keluar dengan berat hati. Tolooong.........nape sedih sangat hati umie ni... Abang cepatlah sesuaikan diri dengan nursery ya sayang. Call Auntie Fida, b/tau perasaan sedih umie kat dia. Dia pun macam tu dulu tapi dia cakap kena cekalkan hati untuk kebaikan anak. Abang tidur awal, pukul 7:30 pm.

Tabahkan hati untuk seketika je, demi untuk mendapatkan kebaikan di masa depan....
Wed 20-Aug-2008 08:50
Posted by:fidarahadatul s_nurfida84@yahoo.com
Add comment


Monday, 18-Aug-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
FIRST DAY@NURSERY (16 SYAABAN 1429)

Mula2 tu abang malu2 coz tak familiar dengan orang2 kat nursery, pastu ok sikit dengan cikgu Ina. Mula2 tak nak breakfast dengan budak2 yang lain tapi lastly nak dan time abang leka makan disuapkan oleh cikgu Ina, umie keluar dari nursery dan balik ofis. Sampai ofis, umie sms cikgu Ina "Kalau Shahmie Hariz nangis, sms akak kat no. ni". Lunch hour umie turun untuk tengok abang secara sembunyi2 tapi abang tengah mandi. Keluar dari bilik air, abang nangis. Ada cikgu lain yang lap abang dan cikgu Ina pakaikan baju (abang senyap sekejap) dan cikgu lain bedakkan abang (nangis semula). Cikgu Ina letakkan abang sebelah dia. Nangis juga dan cikgu Ina beri pas masuk dia pada abang. Abang leka main pas tu dan dapatlah cikgu Ina uruskan budak2 yang lain. Kesian umie tengok abang time ni tapi nak buat mcm mana. Abang kena biasakan diri. Kalau ikutkan hati umie, nak jer bawa abang balik ke rumah. Masalahnya, siapa nak jaga abang esok dah hari2 yang seterusnya. Mak Wan jauh sangat kat Jenjarom. Busu plak nak kena buat minor operation kat gigi geraham bongsu dia yang membengkak dan baru tumbuh dua batang tu. Arrgk...Masa ambil abang balik, cikgu Ina cakap abang nangis 1 jam waktu pagi lepas umie hantar abang@nursery. Tapi dia tak call atau sms umie pun. Balik umah ada sedikit benjol kat kepala abang. Cikgu tak cakap apa2 pun..Alhamdulillah, tak ada apa2 yang merisaukan berlaku kat abang such as vomit and etc...

Care to comment?


Sunday, 20-Jul-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
@JENJAROM, SELANGOR (17 REJAB 1429)

 
 
 
View all 7 photos...
Meragam lagi...nangis la...umie tengok abang nangis. Nak suruh diam dari nangis senang jer, bagi purse umie...taulah abang nak buat apa...habis semua isi perut purse dikeluarkan...



>> hehehe...
>> ada bakat nak jadi tokey bila dah besar nanti...
Thu 24-Jul-2008 17:11
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
tokey busat
Mon 28-Jul-2008 07:40
Posted by:dla  - [Link]
Add comment


Tuesday, 15-Jul-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
PERHIMPUNAN BULANAN & ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2007

Kedatangan Y. Bhg. Dato' Setiausaha
Kedatangan Y. Bhg. Dato' Pengerusi
Sempat Nyanyi Koir Utk Perhimpunan
View all 6 photos...
Alhamdulillah, dapat anugerah selepas lima tahun bekerja. Sebelum ni kerja kat:-
i) Mahkamah Persekutuan, Jalan Raja, Kuala Lumpur (merasalah jaga 3 orang hakim mahkamah rayuan, dulu kita panggil Yang Amat Arif)
ii) Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur (boss paling best ever)
iii) Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Jalan Pelajaran, Johor (jaga Timbalan Pengarah)
iv) Current organization...

Masa kat BHEUU tu ada gak disenaraikan utk mendapat anugerah tu, cuma x de rezeki masa tu. La ni tak sangka plak dan tak mengharap sgt dapat coz dah belajar sesuatu from hubby tentang keje...TQ hubby...

Care to comment?


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.